Terunggul

– HADIS TERUNGGUL –

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah…!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
“Takutlah kepada Allah SWT”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Advertisements

Info sihat

*Credit to unknown writer*

*Assalamualaikum wbt.*

*SEKOLAH SIHAT*
.
1. *Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.*

2. *Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.*

*Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.*
*Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.*

*Banyakkan sayur dan buah buahan.*

3. *Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.*

4. *Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.*

5. *Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.*

*Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.*

6. *Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.*

7. *Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.*

8. *Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.*

9. *Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.*

10. *Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama “si mata lalat” – pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.*

11. *Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.*

12. *Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.*

13. *Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.*

*YA ALLAH PERMUDAHKANLAH KAMI MENGAMALKAN SEGALA YG TERBAIK BUAT DIRI KAMI YA ALLAH..AAMIIN*

Peringatan

Peringatan untuk diri ku
👚👕👖👔👠💼👜👑👟🚘🚲🛴🏠🕌📺⏰💰🎁🛌
Keluarkan smua baju2 yg bersusun dlm almari..
Keluarkan pinggan mangkok yg sekadar hiasan..

Astaghfirullah…😢

Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya….
Katanya, Simpanan2 itu akan ada Hisabnya di hari kemudian.
Astaghfirullahal ‘Azim…
Aduuh..!!!
Misalnya… simpanan telekung yang tak dipakai,..baju-baju yang beli banyak tak di pakai..
simpanan yang lain… aduhhh….

Ada blaus cantik yang saya jahit tapi Tak pernah dipakai….
ada kain yang di beli Tak pernah dipakai..,
ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai….
Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen..
Ada sandal selemari,
ada beg tangan segudang…
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana utk dipakai….
ada gamis2 1 lemari,
ada baju dinner yang entah bila mahu dipakai..

Ada….Tupperware2 penuh lemari yang hanya sebagai perhiasan.
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya…)

Yang kita pakai dan kita Sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!
yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab..
Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!

Kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..!!!
Nafsu ingin mempunyai ini…..itu…..
lihat orang punya..
ingin beli juga…
walau Tak berguna bagi diri kita…,
Ternyata saya masih termasuk golongan orang yang menumpuk-numpuk barang… 😪
Dan semua itu pasti akan di HisabNYA
(perhitungan) kelak di akhirat…. .

Astaghfirullahal ‘Azim..
Astaghfirullahal ‘Azim..

Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, Bersedekahlah,
dan Perbanyaklah Istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Perlu diingatkan…!
bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.

QS. At- Taubah .Ayat 35
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.

QS. Al-Baqarah . Ayat 195
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁

Alhamdulillah Banyak dapat reminder hari ni pasal hisab

#copypaste

Solat

 

*SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT*

SOLAT

… Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

… Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu … Allahuakbar.

… Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah … Allahuakbar.

… Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT … Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi … Allahuakbar.

… Bayangkan ketika “Azan berkumandang,” Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya … Allahuakbar.

… Bayangkan ketika kau “Takbir,” Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu … Allahuakbar.

… Bayangkanlah ketika “Rukuk,” Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya … Allahuakbar.

… Bayangkan ketika “Sujud,” Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: “Aku mencintaimu wahai hamba-Ku.” … Allahuakbar.

… Bayangkan ketika kau “Duduk di antara 2 sujud,” Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: “Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu.” … Allahuakbar.

… Bayangkan ketika kau memberi “Salam,” Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih … Subhanallah.

Masya Allah … sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah …

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita…

Dapat drp hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar…

Kunci

*KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG*

1. *TIDAK MEMBENCI*
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. *TIDAK MERUNGUT*
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. *BERSEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. *BERSANGKA BAIK*
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. *SELALU SENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. *SELALU MEMBERI*
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. *DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya…

8. *TIDAK BERDENGKI & IRI HATI*
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya…jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. *MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. *HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

*SILA SHARE DAN SEBARKAN*😉